Oda Bumi Anbia - Siti Nurhaliza feat Azizi Mohd Said
Prologue
Izinkanlah aku bercerita
Sebuah kisah yang telah engkau tahu
Dari kaca TV dan dada-dada akhbar
Kau sendiri melihat dan mendengarinya,bukan?
Penganiayaan satu bangsa terhadap
satu bangsa yang lain
Beginilah apabila kemanusiaan
Di penghujung kewarasan
Merengkok tubuh mungil
Di atas pasir berbumbung langit
Entah apalah dosanya
Rebah dihinggap peluru tak bermata
Berkawat lasykar angkuh
Dibalik jentera perisainya
Berselendangkan senjata
Tiada belas nuraga nun di hatinya
c/o
Dunia bagaikan pejam mata
Serta terpasung tangannya
Tidak mampu berbuat apa
Sedangkan mungkar ber-raja..oh
(ohh mengapa?..ooh)
Monologue
Netzarim,Khan Yunis,Gaza,Jenin,
Nablus dan sepanjang tebing barat
Hari demi hari
Lasykar angkuh ini
Terus mengganas mencari mangsanya
Kanak - kanak oatau oarang tua
Tidak mengapa
Pada mereka sama sahaja!!!
Mengalir darah merah
Diatas bumi suci Anbia
Laungan Intifada
Bergema membakar semangat perjuangan
Solo and repeat c/o
Epilogue
Sampai bila..?
Sampai bilakah penindasan dan kekejaman ini akan berterusan?
Sampai bilakah bumi Anbia ini akan terus
menyaksikan pertumpahan darah?
Sampai bila rakyatnya harus terus
terkapai- kapai mencari keadilan dan kebebasan
Aku sendiri menanti jawapnya....